Tips: Operator Pertigaan (Ternary Operator)

Tips: Operator Pertigaan (Ternary Operator)

Apa Ternary Operator ni?

Sebenarnya kegunaannya sama sahaja macam kita gunakan arahan IF / ELSE. Cuma kita nak tulis kod dalam versi yang lebih ringkas. Digelar Ternary Operator disebabkan ia mengandungi 3 operandi.  Condition (kondisi arahan) , hasil TRUE , hasil FALSE.  Kiranya ia dianggapkan pilihan alternatif kepada arahan if else.

Kelebihan

  • Memudahkan logik if/else
  • Memendekkan operasi if/else dengan tujuan / arahan yang sama
  • Meringkaskan kod (jauh lebih pendek)
  • Mudah untuk menguruskan kod akan datang (maintaining)
  • Tujuan keselamatan kod

 

Contoh Penggunaan

Ini adalah contoh asal if/else. Iaitu kaedah tradisional yang biasa digunakan:

if (empty($_POST['action'])) {
    $action = 'default';
} else {
    $action = $_POST['action'];
}

Ini pula contoh Ternary Operator yang akan menghasilkan output / hasil yang sama seperti di atas. Cuma menjimatkan ruangan / baris kod.  Ia hanya menggunakan  ? dan : sama macam  if dan else.

$action = (empty($_POST['action'])) ? 'default' : $_POST['action'];

Contoh lain:

 <?php
    if ($umur < 18) {
        $status = 'layak';
    } else {
        $status = 'tidak layak';
    }
?>

ringkasannya sebegini:

<?php
    $status = ($umur < 18) ? 'layak' : 'tidak layak';
?>

Selamat mencuba!

Leave a Reply

comment-avatar

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.