POP-UP calendar merupakan antara perkara yang wajib ada terutama jika membuat borang pendaftaran yang melibatkan tarikh.
Contohnya tarikh lahir, tarikh pembelian, tarikh mula dan sebagainya.
Kenapa perlukan Kalendar Pop-up ?
Mudah! Jawapannya adalah:
- Memudahkan pengguna memilih tarikh tanpa perlu taip
- Mengelakkan entri / input yang berbeza. Memastikan pengguna memasukkan format tarikh yang betul. Format tarikh di negara ini dd/mm/yyyy.
Sebenarnya terdapat banyak pilihan Pop-up Calendar ni. Saya akan tunjukkan salah satu kalendar yang mudah digunakan.
Langkah 1:
Download skrip di sini tigra_calendar
Langkah 2:
Unzip fail tigra_calendar.zip
Langkah 3:
Sila buka folder 1-simple-calendar
Contoh kegunaan:
Fail & Folder yang perlu ada:
- img
- tcal.css
- tcal.js
<?PHP <link rel="stylesheet" type="text/css" href="tcal.css" /> <script type="text/javascript" src="tcal.js"></script> <form action="#"> <!-- add class="tcal" to your input field --> <div><input type="text" name="date" class="tcal" value="" /></div> </form> ?>
Leave a Reply