Kali ini kita akan belajar bagaimana kaedah untuk membuat ‘redirect’ mengunakan PHP. Redirect bermaksud ‘mengarahkan’ halaman web kita ke page lain secara auto / arahan.
Sebagai contoh jika kita membina halaman login, sebaik sahaja user berjaya memasukkan username & password yang sah, secara automatik akan dibawa ke ruangan ahli.
Sebenarnya terdapat banyak kaedah untuk redirect, tetapi mari kita lihat kaedah yang mudah.
Kali ini saya akan tunjukkan bagaimana menggunakan fungsi header( ); atau meta
Fungsi ini bertindak untuk membawa kita ke halaman (page) lain atau ke web lain.
Sintaks
header ( ‘Location: ‘ $url_baru ) ;
Contoh skrip :
header
<?php /* Redirect browser */ header("Location: https://belajarphp.com"); /* Memastikan tiada lagi arahan dilakukan selepas redirect. */ exit; ?>
untuk redirect ke page lain :
header("Location: utama.php");
meta
<?php echo "<metahttp-equiv="Location"content="https://belajarphp.com/">"; ?>
alternatif, boleh juga menggunakan javascript.
Leave a Reply