Ada pelbagai kaedah untuk memasukkan PHP ke dalam HTML. Cara yang paling popular adalah dengan menggunakan Opening Tag “<?php” dan juga closing tag “?>“. Jom kita lihat kaedah lainnya.
1. Kaedah Tag PHP Standard
ini adalah kaedah yang stabil iaitu menggabungkan penggunaan tag pembuka “<?php” dan penutup tag “?>”
Contoh coding:
<?php
echo "Selamat datang ke BelajarPHP.com";
?>
2. Kaedah Tag PHP Pendek
Kaedah ini hampir sama dengan di atas cuma ia lebih pendek. Hanya dengan menggunakan tag “<?” dan penutup tag “?>“. Tetapi jika anda menggunakan XAMPP sebagai webserver, warning akan dipaparkan.
<?
echo "Selamat datang ke BelajarPHP.com";
?>
3. Kaedah ASP style
<%
echo "Selamat datang ke BelajarPHP.com";
%>
4. Kaedah Script
<script language="php">
echo "Selamat datang ke BelajarPHP.com";
</script>
Leave a Reply